Visi, Misi dan Objektif Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka

Visi

Visi Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah untuk menjadi universiti teknikal yang kreatif dan inovatif yang terkemuka di dunia.

Misi

Misi Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah untuk bertekad menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:

  1. Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif;
  2. Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional; dan
  3. Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti.

Matlamat

Matlamat Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah seperti berikut:

  1. Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
  2. Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
  3. Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
  4. Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
  5. Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
  6. Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan; dan
  7. Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.

Rujukan

WikiPedia: Universiti_Teknikal_Malaysia_Melaka http://nadicergas.com/wordpress/universiti-teknika... http://mhi.com.my/paper/2015/April/030415/030415.p... http://mhi.com.my/paper/2015/Mac/260315/260315.pdf... http://www.sinarharian.com.my/nasional/utem-bina-a... http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/asrama-... http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kampus-... http://gallery.utem.edu.my/newspaper/?level=pictur... http://journal.utem.edu.my/ http://library.utem.edu.my/ http://vc.utem.edu.my/